Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Canselori
Pelan Strategik
Kewujudan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) adalah merupakan titik tolak pertama ke arah pembangunan dan kemajuan pendidikan tinggi Islam di negeri ini. Sejarahnya bermula pada 27 Ogos 1996 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang meluluskan idea penubuhannya.
Nilai – Nilai Murni
TAKAMUL
Takamul merujuk kepada pengintergrasian antara ilmu aqli dan naqli dalam kurikulum yang selari dengan misi dan visi yang ditetapkan oleh UnIPSAS. Konsep pengintegrasian ini diaplikasikan melalui penekanan terhadap ilmu naqli yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di UnIPSAS. Manakala ilmu aqli pula adalah merujuk kepada kepelbagaian disiplin ilmu yang ditawarkan di UnIPSAS. Melalui pendidikan yang berpaksikan kepada akidah, syariah dan akhlak ini diharapkan mampu menghasilkan modal insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari
segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.
TARBIAH
Tarbiah adalah merujuk kepada proses pendidikan bagi mengembangkan seluruh
potensi individu. Penekanan tarbiyah bukan semata-mata aspek teori tetapi turut merangkumi aspek amali iaitu mengamalkan ajaran Islam secara sempurna. Matlamat teras ini adalah untuk mendidik pelajar agar menjadikan Islam sebagai cara hidup serta menonjolkan ketinggian budi pekerti dalam kehidupan bermasyarakat.
TAJDID
UnIPSAS sentiasa komited dalam melaksanakan penambahbaikan secara
berterusan bagi mencapai visi, misi dan objektif UniPSAS. Pembaharuan dan
penambahbaikan yang dilaksanakan adalah berteraskan penyelidikan yang memberi fokus terhadap kepelbagaian bidang ilmu sejajar dengan aspirasi masyarakat, industri dan negara.
UnIPSAS Bumi Barakah
Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat ke arah merealisasikan Pusat Islam sebagai pusat kecemerlangan syiar Islam. Mempertingkatkan pembelajaran keagamaan dalam kalangan AKU dan komuniti. Menganjurkan program dan aktiviti pendidikan, keilmuan dan kerohanian yang memberi impak kepada komuniti. Mempertingkatkan jumlah Kelas Pengajian dan Program Ilmiah. Menambahbaik kemudahan infrastruktur melalui pembinaan Pondok Wakaf, Pusat Digital Masjid dan Kelas Pengajian
Ilmiah.
Fasiliti
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) mempunyai penyelesaian terbaik untuk anda. Ruang untuk seminar, latihan, perkahwinan, makan malam, re-union dan juga perlbagai kemudahan seukan serta penginapan teleh tersedia untuk anda.
Kami menawarkan fasiliti serba lengkap dengan setiap satunya dikelilingi oleh persekitaran yang menarik. Ruang meletak kenderaan disetiap lokasi fasiliti juga jauh lebih dari mencukupi. kami juga mempunyai kemudahan masjid yang tersergam dan ianya cukup sesuai untuk anda bersolat sambil merehatkan diri sebelum berprogram semula.
Kami mempunyai hampir segalanya hanya dalam satu lokasi. Hubungi kami ditalian 09 553 5555 atau layari laman web kami www.unipsas.edu.my untuk kami ketahui segala keperluan program anda.
- www.unipsas.edu.my
- www.unipsas.edu.my
- www.unipsas.edu.my
- www.unipsas.edu.my