+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (UnIPSAS) KM 8, JALAN GAMBANG, 25150 KUANTAN

09-553 5555

09-5364421

Carta Organisasi PPA

Objektif

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan efisyen melalui sistem penyampaian yang berkesan kepada pelajar, kakitangan akademik, pentadbiran dan masyarakat dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan hal ehwal akademik, selari dengan visi, misi dan hala tuju Universiti. Bahagian yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti berkaitan pengurusan dan perjalanan program-program akademik semua fakulti. Ia merangkumi perkhidmatan sokongan dalam perkara-perkara akademik, pendaftaran kursus dan penjadualan, pengajaran dan pembelajaran dan rekod pelajar berkenaan peperiksaan dan pengijazahan.

Skop

  • Untuk pelajar yang masih menuntut dan berdaftar di UnIPSAS.
  • Untuk ibubapa pelajar UnIPSAS termasuk orang awam yang berkaitan.
  • Untuk pensyarah yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar UnIPSAS.
  • Untuk Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang berkaitan dengan pelajar.
  • Untuk organisasi dan masyarakat tempatan dan antarabangsa yang melibatkan pelajar UnIPSAS.

Pemilik Proses

  • Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa
  • Penolong Pendaftar Akademik
OPERASI UTAMA


1. Unit Senat

  • Menyediakan ringkasan kertas kerja cadangan Senat/ Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik.
  • Menyediakan minit mesyuarat Senat/ Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik dan mengambil tindakan terhadap apa jua keputusan mesyuarat Senat/ Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik.
  • Mengemaskini laporan/ buku Senat/ Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik.
  • Menyelaras penubuhan fakulti/ pusat/ institut dan penawaran program baru.
  • Menyelaras proses jaminan kualiti program-program akademik untuk tujuan pengiktirafan.

2. Unit Peperiksaan Dan Graduasi

  • Menguruskan Prosedur Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir.
  • Menguruskan Prosedur Pengawasan Peperiksaan Akhir.
  • Menguruskan Prosedur Pengurusan Pemarkahan.
  • Menguruskan pengumpulan, pemprosesan maklumat dan kertas soalan peperiksaan.
  • Menguruskan pengeluaran jadual waktu peperiksaan.
  • Menguruskan taklimat kepada petugas peperiksaan yang telah dilantik.
  • Menguruskan pelantikan ketua pengawas peperiksaan dan pengawas peperiksaan.
  • Menguruskan penyediaan venue dan bahan/ alatan peperiksaan.
  • Menyelaraskan kutipan dan edaran skrip jawapan peperiksaan.
  • Menyelaraskan kemasukan markah peperiksaan dan pengeluaran keputusan peperiksaan.
  • Menguruskan rayuan semakan semula kursus dan rayuan menyambung pengajian.
  • Menyediakan senarai pelajar layak dianugerahkan ijazah.
  • Urusetia konvokesyen dan mengeluarkan senarai graduan.
  • Menguruskan transkrip akademik pelajar.
  • Menyelaraskan dan menguruskan data dan rekod konvokesyen.

 3. Unit Penjadualan, Pengkuliahan Dan Pengajaran

  • Menguruskan Prosedur Penyediaan Rekod Pengajaran.
  • Menguruskan Prosedur Penilaian Berterusan Pelajar.
  • Menguruskan Prosedur Pendaftaran Kursus Pelajar Lama.
  • Perangkaan Takwim Akademik KUIPSAS.
  • Menguruskan penjadualan dan pendaftaran kursus Sarjana Muda/
  • Menguruskan pengesahan dan pelaksanaan kursus Sarjana Muda/
  • Menguruskan penjadualan dan pendaftaran kursus.
  • Menyelaraskan dan menguruskan pendaftaran pelajar lama.
  • Menguruskan permohonan pertukaran program pengajian pelajar.
  • Mengemaskini status pelajar.
  • Mengeluarkan Surat Amaran Ketidakhadiran ke kuliah.
  • Menguruskan permohonan penangguhan pengajian.
  • Mengeluarkan notis kepada pelajar dihalang untuk menduduki peperiksaan.

 4. Unit Progam Dan Jaringan Industri

  • Menguruskan Prosedur Penganjuran Akademik
  • Menguruskan Prosedur Program Latihan Industri (LI).
  • Menguruskan perlaksanaan Program Latihan Industri bersama Ketua Unit Latihan Industri KUIPSAS.

  4.1)  Pengurusan Persediaan Latihan Industri:

  1. Menguruskan penyediaaan takwim latihan industri.
  2. Menguruskan penyediaan data pelajar.
  3. Menguruskan pendaftaran modul latihan industri.
  4. Menguruskan taklimat 1 berkaitan tatacara memohon tempat latihan industri.
  5. Menguruskan memohon tempat latihan industri melalui unit perhubungan dan latihan industri (UPLI).
  6. Menguruskan memohon tempat latihan industri oleh pelajar.
  7. Menguruskan pemberian taklimat 2 berkaitan prosedur menjalani LI dan penyediaan laporan.
  8. Menguruskan persediaan untuk pelajar melapor diri di organisasi.

  4.2)  Pengurusan Pelaksanaan Latihan Industri:

  1. Menguruskan pengesahan lapor diri pelajar di organisasi.
  2. Menguruskan lawatan latihan industri.
  3. Menguruskan permohonan tukar tempat LI.
  4. Menguruskan pengendalian aduan dari organisasi.
  5. Menguruskan pengendalian aduan dari pelajar.
  6. Menguruskan makluman tamat LI.

  4.3)  Pengurusan Penilaian Latihan Industri:

  1. Menguruskan pendaftaran pengesahan tamat LI.
  2. Menguruskan penilaian latihan industri.

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Loading...