+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Jabatan Pembangunan dan penyelenggaraan

Jabatan Pembangunan bertanggungjawab terhadap segala aspek fizikal kampus ini. Fungsi jabatan merangkumi kerja teknikal, kejuruteraan awam, elektrik, elektronik, pembelian, kebersihan bangunan, kebersihan kawasan dan sebutharga.

JABATAN PEMBANGUNAN UnIPSAS KM 8, JALAN GAMBANG, 25150 KUANTAN

09-553 5555

09-5364421

Carta Organisasi Jabatan Pembangunan

Objektif

  1. Memastikan kerja-kerja Pembangunan, Penyelenggaraan, Kebersihan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan bersistematik.
  1. Memastikan sebutharga kerja-kerja projek dan pembelian dapat dijalankan dengan teratur.
  1. Memastikan kerja-kerja pembaikan, ubahsuai, naiktaraf, adalah teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan.
  1. Memastikan urusan sebutharga kerja, pembelian dapat dilaksanakan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh iklan sebutharga.
  1. Memastikan kerja-kerja pembaikan, sebutharga pembelian terus diuruskan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas mendapat kelulusan.

Misi

Membangun dan menyelenggara prasarana dan infratruktur kampus dengan efisyen yang terbaik.

Visi

Memastikan agar UnIPSAS sebagai sebuah institusi Pendidikan yang harmoni dan selesa dengan pasarana yang ada.

Skop Jabatan

Jabatan Pembangunan merupakan jabatan yang bertanggungjawab secara langsung merancang, mengurus, mentadbir, mengawas, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan fizikal, prasarana, ubahsuaian, elektrik, penyelenggaraan, pembelian, kebersihan bangunan dan kebersihan kawasan Universiti. Jabatan ini juga berperanan berurusan secara terus dengan agensi luar seperti pihak Jabatan Kerja Raya dan sebagainya.

Kepesatan Universiti yang dirancang samada dari sudut pembinaan pembangunan baru , prasarana dan ubahsuaian bangunan yang sedia ada adalah sejajar dengan perkembangan program akademik agar kampus sentiasa berada dalam suasana ceria dan harmoni.

Unit Kejuruteraan Awam 

Fungsi Unit 

  • Kerja-kerja membuat sebuatharga.
  • Kerja-kerja membaikpulih kerosakan bangunan dan peralatan bangunan.
  • Kerja-kerja mengeluarkan inden kerja atau pesanan jabatan.
  • Kerja-kerja mengeluarkan surat tawaran kerja.
  • Kerja-kerja merekod/memantau kerosakan.
  • Menguruskan pembelian baru peralatan penyelenggaraa
  • Menguruskan kontrak pengusaha kafeteria.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek-projek pembangunan Ianya termasuk pembangunan fizikal dan fasaliti bersama agensi luar

Unit Elektrik Dan Elektronik

Fungsi Unit 

  • Kerja-kerja membaikpulih kerosakan peralatan elektrik.

  • Kerja-kerja membaikpulih kerosakan penghawa dingin.

  • Kerja-kerja membaikpulih kerosakan telefon.

  • Kerja-kerja membaikpulih kerosakan lampu

  • Kerja-kerja audio sistem Dewan, Auditorium, Dewan Kuliah dan lain-lain.

  • Menguruskan pembelian baru perlatan elektrik atau lain-lain peralatan.

  • Menguruskan kontrak penghawa dingin.

Unit Kejuruteraan Mekanikal

Fungsi Unit 

  • Kerja-kerja menjaga, memantau, membaikpulih kerosakan loji kumbahan.

  • Kerja-kerja menjaga, memantau, membaikpulih kerosakan loji pam tangki air, rumah pam bangunan.

  • Kerja-kerja menjaga, memantau, membaikpulih kerosakan peralatan sistem bomba.

  • Menguruskan dokumen kontrak kerja kontraktor lantikan univeristi.

Unit Kebersihan Dan Penyelenggaraan

Fungsi Unit 

  • Kerja-kerja kebersihan luar dan dalam bangunan

  • Kerja-kerja kebersihan kawasan, landskap dan penyelenggaran

Kod Etika Pemakaian AKK

Kit Lapor Diri Staff

Kit Staf Lapor Diri ini merupakan panduan kepada staf baharu yang melapor diri berkaitan tanggungjawab kerja di Jabatan Pembangunan.

Kit Buku Panduan Staf ini akan dibekalkan kepada staf baharu yang meragkumi, Kod Etika Kerja dan Etika Pakaian untuk memastikan staf memperolehi informasi awal dan seterusnya memahami serta selari dengan visi, misi, objektif, skop jabatan dan fungsi unit di Universiti. Diharapkan kit ini dapat membantu ke arah mencapai kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan di UnIPSAS.

Loading...