+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

PEJABAT BENDAHARI

DARI MEJA BENDAHARI

Assalamualaikum Wrt. Wbt.,

Pertama-tamanya saya dengan rendah diri ingin mengucapkan selamat datang ke laman web Pejabat Bendahari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Diharapkan agar laman web ini akan menjadi salah satu wadah penghubung diantara Pejabat Bendahari dengan pemegang-pemegang taruh meliputi mahasiswa, mahasiswi, anggota kerja UnIPSAS, ibubapa, vendor/ kontraktor, orang awam, rakan- rakan IPTA/ IPTS dan agensi-agensi kerajaan/ bukan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik. Saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan untuk tujuan penambahbaikan berterusan laman web ini.

Akhir kata, insyaAllah kami akan memberikan komitmen penuh yang berterusan bagi memastikan perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat diberikan seterusnya meningkatkan tahap kualiti pengurusan dan pelaporan kewangan bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Saya dan seluruh warga kerja jabatan ingin mengucapkan selamat melayari laman web rasmi Pejabat Bendahari UnIPSAS.

Sekian, terima kasih.

Hj. Mohd Faizul Bin Abdul Hadi Nor
Bendahari UnIPSAS

PEJABAT BENDAHARI UnIPSAS KM 8, JALAN GAMBANG, 25150 KUANTAN

09-553 5555

Carta Organisasi Pejabat Bendahari

Visi

Berazam menjadi  pusat perkhidmatan kewangan yang dinamik bagi menyokong visi dan misi UnIPSAS.

Misi

Memberi perkhidmatan kewangan yang berkualiti, telus, cekap dan berintegriti serta menjadi pusat rujukan dalam urusan kewangan bagi menyokong semua aktiviti UnIPSAS.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan dan pengurusan kewangan berkualiti berlandaskan Islam dan bersesuaian dengan keperluan semasa.

    • Meningkatkan profesionalisme warga kerja UnIPSAS melalui program pembangunan kualiti dan pengurusan sumber manusia termasuk latihan dan kompetensi kakitangan.
    • Menyediakan peruntukan kewangan yang efisien dalam pentadbiran UnIPSAS.
    • Menjadikan Pejabat Bendahari sebagai pusat rujukan kepada para pelanggan.
    • Menguruskan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.

Skop Jabatan

  • Untuk pelanggan utama yang berurusan dengan UnIPSAS.
  • Untuk kakitangan dan kumpulan berkepentingan (stakeholders).
  • Untuk badan berkepentingan yang berkaitan dengan tadbir urus UnIPSAS.

Unit Pembiayaan Kewangan Pelajar & Kawalan Kredit

Fungsi Unit 

  • Mengurus tuntutan dan terimaan biasiswa dari penaja
  • Mengurus dan mengemaskini caj dan bayaran ke Sistem Akaun Pelajar
  • Mengurus pembayaran kepada pelajar (tuntutan yuran, lebihan, biasiswa, tabung pinjaman, kebajikan dan deposit)
  • Mengurus pembayaran yang melibatkan pelajar.
  • Menguatkuasakan kawalan kredit.

Objektif Kualiti

  • Bayaran dari penaja dikemaskini ke Sistem ekampus dalam tempoh satu (1) bulan
  • Lebihan bayaran dari penaja dikemaskini ke akaun pelajar dalm tempoh tujuh (1) bulan
  • Aduan dari pelajar/pelanggan diberi maklumbalas/diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.
  • Pembayaran yang melibatkan pelajar dibuat dalam tempoh empat (30) hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima.
  • Tindakan susulan ke atas hutang Universiti akan diambil selepas 30 hari dari tarikh invois.

Unit Bayaran

Fungsi Unit

  • Menerima Daftar Bil dan dokumen sokongan yang telah disahkan dari Pusat Tanggungjawab.
  • Mengurus dan memproses semua jenis pembayaran kepada pelanggan mengikut tatacara kewangan KUIPSAS.
  • Menyedia dan mengemukakan Laporan Mingguan, Bulanan dan tahunan untuk Mesyuarat Pengurusan KU, Mesyuarat Lembaga Pengelola dan Mesyuarat Lembaga Pengarah.
  • Membuat bayaran gaji dan elaun bulanan

Unit Belanjawan

Fungsi Unit 

  • Menyediakan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan tahunan untuk kelulusan Lembaga Pengarah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
  • Membuat agihan peruntukan belanja mengurus untuk setiap Pusat Tanggungjawab
  • Mengawal perbelanjaan mengikut peruntukan yang diluluskan dan memastikan segala tanggungan UnIPSAS adalah berpandukan dasar-dasar kewangan.
  • Mengurus pindahan/tambahan peruntukan apabila memerima permohonan dari Pusat Tanggungjawab.
  • Menyedia laporan pindahan peruntukan setiap suku tahun untuk kelulusan.
  • Menyedia laporan untuk edaran dan rujukan.

Unit Akaun

Fungsi Unit

  • Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan.
  • Menyediakan Laporan Imbangan Duga setiap bulan dan memastikan laporan-laporan tersebut dikemaskini.

Unit Pentadbiran

Fungsi Unit

  • Mengurus mengenai surat-menyurat Jabatan Bendahari.
  • Mengurus mengenai hal ehwal kakitangan dan Mesyuarat Jabatan.

Unit Pinjaman, Subsidiari & Kawalan Kredit

Fungsi Unit 

  • Memproses permohonan, mendapatkan kelulusan serta membuat pembayaran bagi kenderaan dan komputer.
  • Membuat pembayaran pendahuluan kepada kakitangan.
  • Mengendalikan akaun-akaun subsidiari semua jenis penghutang.
  • Pendahuluan staf akan diproses dan dihantar kepada Unit Bayaran dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Pelarasan pendahuluan staf akan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyata diterima.

Unit Perolehan & Aset

Fungsi Unit

  • Menguruskan semua perolehan Universiti.
  • Mewujudkan daftar maklumat pembekal dan pekeliling Kontrak Perbendaharaan.
  • Mengendalikan surat perjanjian dan kontrak.
  • Menyedia dan mengeluarkan laporan/maklumat untuk edaran dan rujukan semua Pusat Tanggungjawab.
  • Mengemaskini dan menyimpan daftar aset tetap dan inventori.
  • Menguruskan insuran perlindungan harta benda Universiti.
Loading...